Ahad, 21 Februari 2016

BACKUP BLOG

MAKLUMAN :
Ini adalah backup blog, sila layari link berikut untuk blog sebenar - GAPEMA NEGERI SEMBILAN atau layari blog pautan KUMNSB

MAJLIS PELANCARAN GAPEMA NEGERI SEMBILAN

Gabungan Persatuan Penjaja Dan Peniaga Melayu Malaysia atau ringkasnya GAPEMA yang didaftarkan di Sarawak, dilancarkan pula secara rasmi di Semenanjung dengan Negeri Sembilan dipilih sebagai negeri pertama pelancarannya. Pelancaran Gapema Negeri Sembilan dirasmikan oleh Presiden Gapema iaitu Ybhg Datuk Mohammad Mahmod di Sutera Hotel Seremban 2 pada 17/01/2016 kira-kira jam 09:00 malam. Presiden perhubungan Gapema Negeri Sembilan ialah Ybhg Dato' Dr. Hj Zainol bin Ishak yang merupakan seorang usahawan yang aktif dalam banyak NGO. Beliau dibantu oleh barisan AJK perhubungan Gapema Negeri Sembilan terdiri dari Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri iaitu En. Tajol Ariffin bin Hasan, Setiausaha - Pn. Juninah bte Johar, Bendahari - Hjh Zuraidah bte Mohd Yusof,, Ketua Penerangan - En. Nasharuddin bin Abg Hafid, Ketua Usahanita - Pn. Norziah bte Nasir, Ketua Usahawanmuda - En. Eddie Noor Nazri bin Mohd Nasir serta dibantu oleh 8 orang Ahli Jawatankuasa lagi yang terdiri dari 1) Zamhuri  Ramli 2) Maslina  Ab. Aziz 3) Daroi Napis Bakar 4) Indra Ikson Saya Malin Mudo 5) YuzaimuddinMd Yusof 6) Mohammad Nadzeri Mohd Tajudin 7) Mohd Arshad Jelani 8) Haslinda Amin